<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3414535409301513132&amp;blogName=Nuur+Hannanyy&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http://nuur-hannanyy.blogspot.com/search&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http://nuur-hannanyy.blogspot.com/&amp;vt=-3209406538146387702" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>



nuur hannanyy



Thursday, January 26, 2012, 10:15 AM
Winter~




Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Cuti masih berbaki seminggu lebih lagi. Alhamdulillah peperiksaan semester pertama telah tamat. Keputusan pun dah dapat dan.. ya, masih dalam mood cuti lagi sebelum semester kedua bermula pada 5 Februari nanti.

Pada 20hb yg lalu saya telah menziarahi Palestine bersama Hazmi Dimasyq Travels. Pengalaman yang sangat berharga kerana dapat menunaikan solat di Masjid al-Aqsa selama 3 hari. Syukur sangat2 atas nikmat yang tak terhingga ni :') MasyaAllah~ sayu je hati bila melangkah masuk Masjid al-Aqsa. Rasa tak percaya yang saya dapat ke sana. Terima kasih Ummi kerana mengizinkan :D


Hanya Hidayah dan saya sahaja dari Singapura yg mengikuti rombongan ni. Rasa seram sejuk je bila sampai di Hudud Israel. Passport kami ditahan. Setelah menunggu, kami disoal-siasat oleh pegawai mereka. Pegawai mereka agak pelik kerana kami ke sana bersama pelajar2 Malaysia. Selepas beberapa minit disoal-siasat, passport kami ditahan lagi di station seterusnya. Kasihan pelajar2 Malaysia terpaksa menunggu kami. Bila dah isi borang semua, dapat juga kami lepas dari Hudud Israel.

Selama 3 hari tu kami menziarahi tempat2 bersejarah di sana dan menziarahi maqam2 Anbiya' dan sahabat2, dan juga the Wailing Wall.
Walaupun 3 hari je kami berada di sana, tapi saya dah rasa rinduuuuu sangat dengan Palestine. Rindu nak solat dalam Masjid al-Aqsa :'( Rindu orang2 Palestine yang baik dan peramah. Rindu anak2 Palestine yang rajin dan comel. Rindu suasana dalam kawasan Masjid al-Aqsa. Rindu rindu rindu. Saya harap sangat2 kalau ada rizq dan kesempatan, insyaAllah saya ingin ke sana lagi. Allah~Semoga Palestine akan menjadi milik Islam dan kemenangan akan berpihak kepada umat Islam suatu masa nanti. & Semoga diberi peluang untuk menziarahi dua lagi masjid yang termasuk dalam al-Haraam ash-Shareef; Masjid al-Haraam dan Masjid an-Nabawi. Ameen!

Sekarang masih dalam musim Winter. Masa perjalanan pulang dari Palestine tu, kami dapat lihat salji di Amman & Ajloun. Tapi kami tak sempat nak pergi main Salji sebab sekarang salji dah cair pun. Tak mengapalah, tahun depan insyaAllah :)

Hmm.. Hujung bulan ni, seorang senior kami akan graduate :) Best kan~ Saya masih ada 3 tahun lagi di sini untuk saya tempuhi insyaAllah. Gembira sebab Kak Shazwani nak graduate. Tapi sedih sebab rumah kami akan kekurangan satu ahli. Nanti sunyi la Beyt Nashwa :( Apa2 pun Congratulations on your Graduation Kak Wani. Beyt Nashwa pasti akan rindu our Big Sister in d house. Heh.

1 Februari pula abang saya akan terbang ke Madinah untuk melanjutkan pelajaran. Dah dua2 beradik ni pergi jauh. Kasihan Ummi & nenek kat rumah :( Sedih~ Tapi takpelah, tahun depan saya akan balik insyaAllah. Sekarang ni kami serahkan kepada Allah untuk melindungi mereka :) Semoga Allah berikan kesihatan dan kekuatan kepada Ummi & nenek.

& untuk semester depan, doakan semuanya ok buat kami di sini k :)