<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3414535409301513132&amp;blogName=Nuur+Hannanyy&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http://nuur-hannanyy.blogspot.com/search&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http://nuur-hannanyy.blogspot.com/&amp;vt=-3209406538146387702" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>



nuur hannanyy



Saturday, October 1, 2011, 6:19 AM
Sebulan berlalu. . .

1.10.11

Assalamu'alaikum.

Dah pun sebulan kami di Bumi Urdun. Rasa sekejap pula masa berlalu kan? Mula-mula rasa lambaaaat je. Jadi..apa yang kami telah lakukan sepanjang 4 minggu di sini? Hmm.. 2 minggu kami berehat. Cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru dan menguruskan perkara-perkara penting. 2 minggu lagi tu kami dah mula sekolah pun. Bila dah mula sekolah, rasanya hari-hari berlalu dengan begitu pantas. Sedar tak sedar dah sebulan kami tinggal serumah. Lihat wajah mereka setiap hari. Kuwaiyyisah alhamdulillah. InsyaAllah kami dapat bertahan selama mana kami berada di sini.

Dah sebulan. Maknanya kami dah lali dengan panggilan2 "Nihao" dari pemuda-pemuda Arab di sini. Dah berani untuk "Jaywalk". Kerana di sini amatlah jarang ada traffic light. Jalan raya sentiasa sibuk. Terpaksa beranikan diri untuk "jaywalk" walaupun pada mulanya takut2. Tapi alhamdulillah nampaknya pemandu2 di sini berhemah :p Cuma kena sabar jelah dengan bunyi hon yang sangat memekak.
Apa lagi ye? Dah dapat merasa banyak makanan Arab. Syawarma, Zinjer, Nasi Mansaf (makanan tradisional Jordan iaitu Nasi yang dimakan bersama yoghurt), Nasi Maqlubah, Nasi Biryani, Nasi Zubyan, Sanyurah (ham), Ma'janat yang sedap-sedap belaka, dan juga Halawiyyat (manisan2) yang sedapnya MasyaAllah! seperti Baklava dan Kinafah. Oh ya! Dan tak lupa Murtabak Hilu dan Murtabak Mauz. (macam murtabak tapi dalam bukan daging/ayam sebaliknya cream dan juga pisang). Sedaaaaap sekali! :D

Kami juga dah belajar hidup berdikari. Dah boleh cakap Bahasa Arab Ammiyah sikit2. Dah faham karenah orang Arab dan macam-macam lagi yang kami pelajari dalam tempoh sebulan ni. Alhamdulillah.

Apa yang saya perasan, orang Arab di sini memang baik hati. Yang suka membantu, pemurah, peramah.. Contohnya, sewaktu saya dan Sakinah ke pasar untuk membeli ayam, kami terlihat kepingan2 "ham". Kami bertanya kepada Ammu di kedai tu, apa nama makanan tu? Nak tau jugak tu betul2 macam ham ke lain. Mana la tau tu ayam ke apa. Jadi Ammu tu pun kata namanya Sanyurah. Di Malaysia takde. Sebab Ammu tu ingat kami dari Malaysia. Kami pun tanya "Mumkin Nujarrib?". Sebenarnya nak rasa sikit je.. Nak tau sedap ke tak. Tapi Ammu tu terus kasi banyak2. Kami belum pun cakap kami nak beli, Ammu tu terus cakap, "Majaanan". MasyaAllah. Baik kan? Pemurah sangat2.
Sewaktu kami ke kedai untuk photocopy dan scan beberapa dokumen pun, kami sudah beberapa kali diberi khidmat percuma. Memang mereka ni tak berkira la. Semoga Allah murahkan rezeki buat mereka. Ameen.

Ada lagi nak cerita ni. Semasa di dalam kelas Madkhal ila Tasyri' Islami, seorang perempuan Arab bernama Sireen duduk di sebelah saya. Pada masa tu dia belum ada buku lagi sebab dia tak hadir sejak hari pertama kuliyah. Jadi saya kongsikan buku saya. Dia lihat dalam buku saya tu saya ada gariskan dan tulis makna dalam Bahasa Melayu. Dia lihat buku saya dan bertanya, "You can understand Arabic?" Saya cakap saya boleh faham la jugak. Dia mengangguk dan berkata, "If you don't understand anything. Just tell me. I can explain to you in English." Saya senyum sahaja. Nampak gaya Sireen ni baik dan peramah. Senang nak buat kawan :) Kemudian, saya mendengar penjelasan Dr.Samirah al-'Umari dan mencatat isi2 yang Dr. kongsi. Sireen melihat buku nota saya, dan dia seperti kagum yang saya boleh menulis Bahasa Arab. "Wow! You can write Arabic? You learnt before in your country? Very nice!" Hehe. Saya pun rasa kembang sikit la masa tu. Mungkin ramai dari mereka ingatkan kami ni tak reti Bahasa Arab, tak tahu membaca dan menulis dalam Bahasa Arab. Sebab tu ada yang "eksyen" bila nampak saya dalam kelas. Tapi mereka ni kagum jugak sebenarnya tengok orang Asia seperti kami ni tahu Bahasa Arab.
Alhamdulillah. Ni semua hasil didikan asatizah juga. Dari saya kecil sampai lah saya menjejakkan kaki ke Jami'ah ni. Syukran Asatizah! :') Banyak yang saya pelajari di Madrasah selama ni membantu saya dalam banyak hal di sini. Semoga Allah senantiasa merahmati guru-guru yang telah mengajar saya selama ni.

Buat masa ni, tu je yang saya nak kongsi. Hehe. Wassalam.