<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3414535409301513132&amp;blogName=Nuur+Hannanyy&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http://nuur-hannanyy.blogspot.com/search&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http://nuur-hannanyy.blogspot.com/&amp;vt=-3209406538146387702" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>



nuur hannanyy



Monday, October 31, 2011, 9:13 PM
Musim.. Musim..


Musim sejuk telah tiba. Perbezaan waktu di sini dengan tanah air tercinta kini menjadi 6 jam. Waktu malam menjadi panjang. Seawal 4.48 petang sudah masuk waktu Maghrib. Dan 6.18 "petang" akan mula kedengaran azan Isya'. Ini lah waktu yang sebaiknya untuk mengqadha' puasa atau puasa sunnat. Kerana siang harinya yang pendek dan kerana pada musim sejuk nilah asyik terasa nak mengunyah. Jadi nak mengelakkan diri daripada asyik nak mengunyah dan menambahkan lemak-lemak yang tidak perlu dalam badan, maka afdhal la berpuasa pada musim sejuk ni. Heehee.

Musim peperiksaan pun sedang berlangsung. Esok pagi saya akan menduduki kertas peperiksaan pertama di Universiti. Mohon du'a dari semua agar saya dan juga ahli Beyt Nashwa di sini diterangkan hati dan dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang. Dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami. Ameen Ya Robb.