Tak sangka dah nak sebulan mula kuliah. Tarikh Imtihan Awwal pun dah dapat. Rasanya baru je mula sekolah. Bulan depan dah imtihan. Bulan berikutnya, Imtihan Thani. Kemudian, Imtihan Niha'i =,="
Cepatnya! Macam masih di alam mimpi. Tapi saya nak waktu berlalu pantas sebab saya tak sabar nak pulang ke tanah air. Rindu! Haishh.. Baru sebulan ye. Ada lagi berapa bulan lagi. InsyaAllah saya kuat! :)
Kuliah semuanya ok alhamdulillah. Masih berusaha untuk memahamkan seratus peratus apa yang disampaikan oleh duktur/dukturah. Saya kaguuuuum sekali dengan Dukturah yang mengajar saya Madkhal 'ila Tasyri' Islami. Dukturah Samirah al-'Umari. MasyaAllah lah dia! Lembuuut je. Dia amat ihtiram kepada pelajar2 bukan Arab. Kalau dalam kuliahnya, mesti dia akan tanya "ikhwan wa akhawat maliziyyiin... Tafhamuun?" Heh. Tapi sekarang dah tukar sikit la soalan dia. Sekarang dia akan sebut "Ikhwan wa akhawat gheirul 'Arab". Haha. Kenapa? Sebab masa tu Dukturah tanya akhawat maliziyyun faham ke tak. Kemudian Dukturah tanya saya dan menyuruh saya menerangkan semula. Selepas kuliah tu saya dan rakan saya kata, kami bukan Malizi. Tapi kami Sanghafuri. Tu sebab la Dukturah terus tukar panggil akhawat gheirul 'Arab :p Walaupun ada lagi 2 pelajar Malizi perempuan dalam kelas yang sama.
Yang saya suka sangat dengan Dukturah Samirah ni, cara penyampaian dia tersusun, dekat di hati dan masyaAllah lembut je dia berbual. Sukaaaa sangat! :D "Saya ibarat kakak awak." Ni apa yang Dukturah sampaikan sewaktu dia bertanya sama ada kami faham atau tidak. Kalau tidak faham, jangan malu untuk bertanya. MasyaAllah kan Dukturah Samirah?
Satu lagi Duktur yang saya kagumi ialah Duktur Sa'id Bawwa'anh. Dia mengajar Sirah Nabawi. Boleh nampak sangat lah Duktur Sa'id minaaat sekali dengan sejarah Nabi. Bila Duktur dah mulakan kuliah, mulalah dia bercerita dengan semangat. Ekspresi dan gayanya menunjukkan minat dia yang mendalam terhadap Sirah. Kalaulah saya dapat faham seratus peratus, tentu seronok dengar dia bercerita. Sebab adakalanya saya "lost" jugak. Haishh.. Takpe. Pelan2 kayuh :)
Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan! :p