Imtihan Mustawa yang selama ini saya risaukan akhirnya sudah berlalu. Keputusannya? Alhamdulillah. Walaupun Bahasa Arab saya tidak lulus, tetapi saya tetap bersyukur :)
Sekurang-kurangnya saya lulus Imtihan English dan Hasoub. Memang sudah dijangka Bahasa Arab susah nak lulus. Soalannya banyak yang belum pernah kami pelajari. Sya'ir2 arab, muallif kitab dsb. Makanya saya Redha :) Boleh juga ambil Maddah Bahasa Arab nanti untuk memantapkan lagi penggunaan Bahasa Arab.
Jadi.. Apa yang saya risaukan sekarang ni ialah . . . Kulliyah. Yang akan bermula esok pagi. Ya Allah.. masih tak boleh nak percaya. Dah sedia ke? Rasa macam masih mentah lagi. Masih budak-budak. Macam tak layak pula nak masuk Jami'ah. Jadi pelajar Universiti. Undergrad? Biar betul? Haishh..
Percaya tak percaya, ni realiti. Bukan mimpi. Saya mesti belajar bersungguh-sungguh. Untuk menimba ilmu. Menambah ilmu yang ada. Memenuhi harapan keluarga. Supaya suatu hari nanti saya dapat berkhidmat kepada keluarga, teman2 dan masyarakat. Dan yang paling penting, mengharapkan keredhaan Allah.
Semoga hari-hari yang bakal kami tempuhi di sini dapat kami lalui dengan baik. InsyaAllah.