<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3414535409301513132&amp;blogName=Nuur+Hannanyy&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http://nuur-hannanyy.blogspot.com/search&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http://nuur-hannanyy.blogspot.com/&amp;vt=-3209406538146387702" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>



nuur hannanyy



Sunday, September 4, 2011, 6:44 PM
Berpijak di Bumi Urdun


Hari pertama di rantauan, 1 Sept. 2011

Kami tiba di Queen Alia International Airport dalam 4.30 petang waktu sini. Bermakna di Singapura dalam 9.30 malam gitulah. Perjalanan dari Singapura ke Doha 7 jam. Transit di Doha International Airport dalam 7 jam kalau tak silap. Flight ke Amman delay.

Dari Queen Alia International Airport, kami berjumpa dengan rakan Ustaz Dhiya', Ghassan dan isterinya Sahr kerana mereka yang akan membawa kami ke Irbid. Dalam perjalanan ke Irbid, kami dapat lihat keadaan di Amman. Boring juga tengok semuanya warna kekuningan, macam warna padang pasir. Dari bangunan, rumah, tanah.. semuanya warna sama. Boring kan? Hidayah Senin sampai kata macam ni,"takut sick of yellow ah".
Tapi bila da sampai Irbid, semuanya ok je alhamdulillah :)

Kawasan yang saya tinggal di Irbid ni kira macam bandar jugak. Malam tak sunyi. Orang-orang sini memang hidup bila waktu malam. Dan alhamdulillah, Sakn kami dekat je dengan Jami'ah Yarmouk. Hall ok, bilik ok, toilet ok, tapi... dapur tak ok! ok tu memang la ok cuma.. banyak lipas! Lipas kecik2 je. Memang lipoas sini size nya begitu kot. Tapi belum nampak lagi lipas yg size besar. Mintak2 takde lah. Hehe.

Kita kat sini ada mentor yang jaga. Namanya Izzati, pelajar Malaysia yang menuntut di JUST. Alhamdulillah dia pun ok je :) Muka dan gaya dia tu mirip Nurul Farhana! :D Betul.. tak bedek.. Rindu dengan Farhana bila tengok mentor kami tu.

Masa kami baru sampai tu, Izzati dan seorang lagi pelajar Malaysia tapi sedang belajar di Yarmouk, Afifah, yang menjemput kami di Irbid. Dah tengok rumah dan letakkan baranng-barang, mereka ajak kami ke rumah Afifah kerana ada open house. Alhamdulillah semuanya ok2 je :)



Hari kedua di rantauan, 2 Sept. 2011

Hari kedua, mentor kami Izzati temankan ke Aswaq Zamzam untuk beli barang2 rumah yang kurang. Harga semua ok la.. kena pandai pilih. Ada yang mahal, ada yang murah.. Sebelum tu kami singgah makan di Dhai'ah dulu. Saya dan Hidayah makan Syawarma. Nabilah dan Sakinah makan Zinger. tapi kat sini tak panggil "Zinger" macam KFC punya ZInger tu.. Sini panggil Zinjer. Roti dalam ada ayam Zinger pedas & kentang. Banyak makanan kat sini dorang letak kentang kat dalam. Memang orang Arab biasa makan gitu. Harga makanan kat sini memang murah. Tapi murah2 pun tak bole la hari2.. Sebab kita datang sini kan dengan duit sendiri.. Jealous je tengok akhawat Malaysia datang sini ditaja oleh kerajaan. Banyak pula tu. Ada yang setiap tahun, 3 kali balik Malaysia. Best kan.. Tapi takpelah. Tahun depan kita balik insyaAllah :)

Lepas makan & da shopping kat Zamzam,Izzati ajak kami ke rumah dia. Best la tengok dorang tinggal kat rumah sewa. Ktorg punya rumah memang rumah sewa tapi macam Asrama. Bagus jugaklah macam tu sebab selamat. Bawah ada Musyrifah yang jaga. Jadi orang luar tak boleh senang2 nak masuk. Yang penting, keselamatan. Betul tak? :)


Hari ketiga di rantauan, 3 Sept.2011

Kami diajak oleh mentor kami untuk ke Perjumpaan Hari Raya di Mujamma' Nuqabaat yang dianjurkan oleh Permai. Kami makan2 di situ kemudian kami singgah rumah akhawat Malaysia yang lain. MasyaAllah rumah dorang lawaa! Besar! Tak mengapalah ye.. hehe. Kita tumpang solat Zuhur kat situ sebelum pergi Arabella Mall untuk cari barang2 yang masih belum ada.

Balik dari Arabella Mall, time untuk Spring Clean the Kitchen! Misi kita adalah untuk menghapuskan semua lipas2 yg bermaharajalela di dapur. Haha. Nasib baik lah lipas tu semua size kecik2.. dan panjang2. Harap2 tak jumpa la lipas yang besar2 & gemuk2. EEeeee... Ni pun belum habis kemas lagi. Semua khazanah dalam dapur kita keluarkan untuk cuci dan bersihkan dapur. Dari 6 petang sampai ke malam.

Oh ya. Hari ni baru kita dapat internet pat Sakn ktorg ni so lepas da oenat kemas, apalagiiii.. semua mengadap laptop la. Skype2, Facebooking.. Macam dah bertahun tak bukak Internet. Hehehe..


Hari keempat di Rantauan, 4 Sept. 2011

Pagi tadi kami ke Jami'ah Yarmouk. Untuk bayar yuran sebenarnya. Tapi.. belum ambil Imtihan Mustawa lagi jadi kalau dah ambil baru bayar dan tasjil mawad. Afifah temankan kami ke Jami'ah. Mula2 kami ke bangunan Qabul Wattasjil. Lepas tu ke Mabna Khawarizmi. Cuaca panas. Ke sana ke mari tapi tak selesai lagi. Sebab orang yang kita patut jumpa takde lagi. Esok insyAllah kami akan ke Jami'ah lagi. Doakan je semuanya ok dan doakan kami pass Imtihan Mustawa tu nanti k? :)