<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3414535409301513132&amp;blogName=Nuur+Hannanyy&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http://nuur-hannanyy.blogspot.com/search&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http://nuur-hannanyy.blogspot.com/&amp;vt=-3209406538146387702" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>



nuur hannanyy



Tuesday, April 26, 2011, 10:25 PM
Salju Kedamaian :)



salju+sakinah.jpg


Salaam :)

Alhamdulillah..selesai membaca Salju Sakinah. atas saranan seorang kawan, saya pun mula lah mencari buku ni. Pada mulanya nak beli, tapi bila dah jumpa buku ni di perustakaan Bedok. Apa lagi..tak sabar2 nak baca, pinjam jelah.

Buku karya Zaid Akhtar ni menceritakan suasana dan keadaan di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. tapi, bukan tu je yg menarik minat saya utk membaca buku ni. bila dah baca review buku ni di internet, makin teringin sangat nak baca.

Soo.. dah habis baca. memang best! banyaaaaak sekali pengajaran yang boleh saya dapat drpd buku ni. nak dikatakan setiap Bab tu pasti ada terselit pengajaran.


Novel ni mengisahkan seorang muslimah bernama Sumayyah yang melanjutkan pelajaran di Yarmouk University. Setelah tamat pengajian, banyak dugaan yang melandanya dan keluarganya. Namun, seorang yang bernama Sumayyah ni berjiwa besar. Sehingga akhirnya dia mengecapi kebahagiaan & kedamaian :) Siapa nak baca novel ni, memang saya recommend sangat2! :D


"Jangan nama saja Sumayyah tetapi mudah mengaku kalah."

-ayat ni banyak diulang dalam novel Salju Sakinah sehingga saya sangat suka dengan kata2 ni walaupun nama saya bukan Sumayyah :)



& Alhamdulillah! Dah dapat pun buku Tarbiyyatul Awlad fil Islam karya Abdullah Nasih Ulwan :) tapi saya belum sempat baca lagi :( walaupun mini kitab ni dalam b.arab, saya tetap nak baca! :)