"It's not the matter of how you've been knocked down.
It's the matter of how you get up."
Saya terlihat kata2 tu pd poster yg ditampal di Idarah MWTI sewaktu ingin mengambil keputusan peperiksaan Prelim Syahadah.
Alhamdulillah.. Saya dah lega. Akhirnya usaha, doa & tawakkal membuahkan hasil yg baik. Syukur alhamdulillah!
Walaupun saya berasa lega, saya tetap RISAU. Hmm...
Kalau awak merasa diri awak pandai, ada orang yang lebih pandai.
Kalau awak merasa awak sudah cukup besar, sedarlah awak baru setahun jagung.
Kalau awak kata saya bodoh, fikirlah siapa yang ajar awak setiap minggu?
Kalau awak rasa awak tak perlu dengar cakap saya, kenapa awak masih datang ke sekolah?
Kalau awak dengan lancang berkata saya bodoh, tolonglah! Muhasabah diri awak dulu.
Kalau saya tak ajar awak, mungkin sampai sekarang awak masih tidak tahu.
Kalau awak tidak hormat saya, saya tak peduli.
Saya lakukan tanggungjawab saya.
Terpulang kepada awak.
Awak dah cukup pandai kan sehingga begitu berani mengucapkan kata2 kurang sopan kepada saya??
Ok!
Ya. Saya mengaku saya bodoh.
Saya hanya Hamba Allah.
Pengetahuan saya terbatas.
Awak??
Tahu segala2nya ke???
Jagalah pertuturan awak tu.
Jangan sampai dibenci semua orang.
Awak patut bersyukur sebab kata2 tu awak tujukan kepada saya.
Saya mampu bersabar.
Kalau orang lain?
Mungkin awak dah ditampar!
Jadi, jangan lah merasa diri tu hebat sangat!
Ya Allah! Saya anggap apa yg terjadi tadi adalah sebagai ujian. Untuk menguji kesabaranku dalam mendidik palajar2 ni. Takpe! Saya tak boleh cakap yg kesabaran saya ada tahapnya. Kerana Allah bersama orang2 yg sabar. Saya hanya mampu berusaha untuk mendidik pelajar tu, berdoa & berharap agar pelajar tu mengubah sikapnya. Mangubah pertuturannya. & lebih berdisiplin. Ameen!